Al-Waqi'ah...

Ibn-e Masud radi-Allaho'anho meriwayatkan bahawa Rasul-Ullah sall-Allaho'alaihe wa sallam bersabda, "Barangsiapa membaca surah Al-Waqi'ah pada setiap malam, kebuluran tidak akan menenainya." Ibn-e Masud pernah menyuruh anak-anak perempuannya agar membaca surah ini pada setiap malam.

Kelebihan-kelebihan surah Al-Waqi'ah juga diberitakan didalam beberapa banyak hadith. Ada stu riwayat yang memberi kesan bahawa sesiapa sahaja yang membaca surah-surah Al- Hadid, Al-Wqi'ah dan Ar-Rahman, akan dihisabkan sebagai penghuni-penghuni Jannat-ul-Firdaus ( tingkat Syurga yang paling tertinggi ).

Didalam hadith yang lain menyebut : "Ajarkanlah kepada isteri-isterimu." Hadrat Aishah radi-Allaho 'anha diberitakan telah menegaskan akan pembacaannya. Tetapi kita yang serba lemah ini hanya membacanya untuk keuntungan dunia yang secebis ini. Walaubagaimanapun, jika ianya dibaca untuk memenuhi kepuasan rohani dan untuk maksud akhirat, dengan sendirinya keuntungan-keuntungan dunia akan datang kepada kita secara automatik.

Samuga Allah bagi kita taufik dan hidayah untuk kita amal dan sampaikan......Insya'Allah.

muka depan