Assalamualaikum wbt. all of you netters yang disayangi.......

Hayatilah Bicara Hakikat Ikhlas ini dengan penghayatan yang telus. Semoga saya dan anda semua memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amin!

# Hakikat Ikhlas #

1. Ikhlas di dalam beramal ialah bahawa orangnya tiada mengkehendaki ambilan terhadap dua negeri iaitu dunia dan akhirat.

2. Ikhlas ialah melupakan memandang para makhluk-makhluk dengan selalu meneruskan pandangan hanya kepada al-Khalik sahaja.

3. Ikhlas di dalam beramal ialah bahkan janganlah amal itu sampai nampak oleh iblis, agar jangan dirosaknya dan tak usah pula nampak oleh Malaikat agar jangan dicatitnya.

Sabda Rasulullah S.A.W. tentang Ikhlas........

"Bahawa anda mengucapkan Tuhanku ialah Allah. Kemudian anda berjalan lurus menurut garis yang disuruh. Iaitu janganlah mengiakan kepada hawa nafsu dan kemahuan dirimu dan mengikuti hanya kepada Tuhanmu. Seraya berjalan lurus dalam pengabdian itu menurut garis yang disuruh. Dan ini adalah isyarat kepada menghilangkan segala hal yang selain dari Allah, di daerah pandangan dan itulah dia ikhlas dalam erti yang sebenar."

Firman Allah.......

"Maka yang berharap untuk menjumpai Allah (Tuhan), hendaklah dia melakukan amal yang baik dan jangan mempersekutukan dengan sesuatu apa pun dalam menyembah Tuhannya."

Ayat diturunkan tentang orang yang beramal untuk Allah, tetapi ia ingin pula dipuji Khaliq tentang amalnya itu.

Hadis Rasulullah S.A.W........

"Tiga perkara, siapa terkumpul tiga perkara ini padanya sempurnalah Imannya. Di bidang yang berhubungnya dengan Tuhan. Ia tidak takut akan celaan sesiapa pun dan dia tidak bersikap riak di dalam segala amalnya. Serta bila dihadapinya dua hal yang bersatu untuk keduniaan dan yang lain untuk akhirat. Diutamakannya akhirat dari dunia."

Hadis Rasulullah S.A.W........

"Kumpulan termulia dan tertinggi ialah duduk bersama memadu fikiran di medan Tauhid. Menikmati angin harum ilmu dan minum anggur cinta yang ditimba dari telaga kasih. Seraya meneliti segala-galanya dengan berbaik-baik sangka kepada Allah S.W.T."

Al-Quran - hendaklah kita baca seraya mengulang berkali-kali ayat yang berisi acara yang kita merasa perlu memikirkannya. Ulang terus biar seratus kali, sebab membaca satu ayat sahaja dengan berfikir dan memahamkannya lebih baik dari menamatkan Al-Quran sampai satu kali khatam tanpa penelitian dan pemahaman apa-apa.

Lanjutkanlah menelitinya dengan penuh perhatian walau akan memakan waktu semalam suntuk. Kerana di balik setiap kalimah Al-Quran ini berada rahsia-rahsia pelik, indah yang tak dapat diperincikan banyaknya. Dan yang dapat ditemukan melalui berfikir mendalam dengan hati yang bersih setelah membetulkan amal dan tindakan.

Penyentuhan Pengertian Fana' dan Baqa'.

Fana - apabila penguasaan tertumpu kepada Allah sehingga lepa kepada `masiwallah' iaitu ghairullah selain dari Allah. Akal fikiran telah dikuasai oleh perasaan terhadap Allah, maka tatkala itu seolah-olah jasad dikuasai oleh perasaan itu iaitu syuhud.

Maka berlakulah kesedaran kepada Allah, tetapi apabila ia sedar dari itu yang mana ia telah siuman dari tidak menyedari diri. Maka hatinya tidak kekal dengan Allah.

Baqa' - apabila di makam baqa' iaitu makam yang memilui diri seperti keadaan biasa tetapi sentiasa dalam keadaan perasaan hatinya kekal dengan Allah walaupun ia bergaul dengan manusia atau membuat urusan berbicara atau berfikir.

Boleh dikatakan mempunyai kesedaran di dua alam iaitu lahir dan batin seperti seorang yang lapar walau bagaimana sibuk sekalipun, maka hatinya sentiasa tertumpu kepada rasa lapar dan ingat kepada makanan.

Maka seseorang itu akan dapat mencapai Maqam Baqa' sesudah ia melalui Maqam Fana'. Bagi perasaan maqam baqa pula terbahagi dua.......

1. Perasaan pandangan yang banyak kepada yang satu. Seperti memandang sepohon kayu yang lengkap dengan batang, dahan, ranting, daun, maka adalah semua itu berasal dari sebutir benih. Pengertian perasaan dihatinya adalah semua alam makhluk itu adalah dari Allah yang Esa.

2. Begitu juga sebaliknya adalah sebutir biji benih itu boleh mengeluarkan sepohon kayu yang rendang dan yang lengkap segala-galanya.

Maka setiap orang hatinya terikat oleh sesuatu, beliau dinamakan hamba kepada yang mengatakannya itu tetapi yang sebenarnya hamba Allah ialah seorang yang pada permulaan telah merdekakan dari segala yang selain Allah S.W.T. Sehingga ia menjadi orang merdeka bebas. Lalu setelah kebebasan ini semakin mesra, hatinya pun kosong dan bersih dan langsung ditempati oleh perhambaan pengabdian kepada Allah.

Sehingga rintang berhadap kepada Allah dan mencintainya. Lalu diberi lahir dan batin terikat untuk mantaati Allah sehingga tidak mempunyai tujuan kecuali Allah S.W.T.

Maka dari sini akan meningkat lagi ketabaruk lain yang lebih tinggi. Yang diberi nama merdeka sempurna. Iaitu dibebaskan lagi dari menunjukkan kehendak kepada Allah dari jurusan diri dan malah merasa cukup dengan apa yang dimahui Allah tentang diri. Baik dikatakan Allah, mahu pun hendak dijauhkannya. Kehendak diri telah lebur sehingga fana' di dalam kehendak Allah. Jadi hamba yang demikian telah dimerdekakan dari selain Allah.

Sehingga ia menjadi orang merdeka. Kemudian kembali sekali lagi dibebaskan dari ikatan dirinya. Dan ada untuk tuannya dan junjungannya.

Kalau digerakkan, ia akan bergerak dan kalau disuruh diam, ia akan tenang diam dan kalau diujinya dengan cubaan, ia akan bersikap redho.

Tanpa ada tempat lagi dalam dirinya untuk menuntut dan berkehendak apa lagi membantah. Malah ia dihadapan kuasa Ilahi bagaikan mayat ditangan orang yang memendikan dan inilah taraf puncak di dalam perhambaan pengabdian kepada Allah. Seorang hamba yang hakiki ialah seluruh wujudnya adalah untuk tuannya dan bukan untuk dirinya inilah taraf ahli kebenaran atau orang yang sebenar-benar jujur.

Namun hendaklah kita menginsafi pula bahawa tidak berfikir dibidang ini walaupun memang utama dari amal ibadah lain-lain, tetapi bukanlah itu menjadi tujuan, malah orang yang melaksanakannya masih belum sampai dan masih terbatas dari tujuan tadi. Para ahli kebenaran iaitu menikmati suasana merenungkan keagungan Ilahi dan keindahan serta menggerakkan hati sepenuhnya dalam pemikiran ini sehingga diri menjadi fana' iaitu lengkap diri, lingkungan diri, ahwal hati, taraf gerak hati, bahkan sifat-sifat biasa diri dan menjadi karam sepenuhnya dalam gelombang cinta Ilahi sehingga baginya seorang yang sedang tergila-gila di ombak rindu. Di kala bertemu dengan kecintaannya, dia tentu tidak mempunyai masa lagi untuk memikirkan ahwal atau sifat-sifat dirinya malah membisu dalam terpesona bagaikan orang yang terpukau yang tiada sedarkan dirinya lagi.

Tetapi kalau hanya mutu hanya setakat budak nakal yang hanya mahu bekerja kerana takut dipukul atau kerana mengharap diupah, maka silalah memenatkan badan mu dengan amal lahiriah. Kerana jasad dengan amal hati terbentang tirai pembatasan yang tebal. Maka bila kita telah melakukan kewajipan beramal, akan menjadi penduduk Syurga tetapi duduk di majlis tinggi adalah untuk golongan lain.

Wallah hu ta'ala a'lam.......

Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <jjamilam@hotmail.com>

muka depan