Make your own free website on Tripod.com
Usah Hanyut Dan Tenggelam 

Membuang masa tanpa apa-apa kegiatan yang berhasil samalah seperti kayu mati yang hanyut dibawa oleh arus sungai yang deras.Perbuatan melepak bukan saja dilakukan oleh anak muda di komplek-komplek membeli dan membelah tetapi juga oleh golongan dewasa di pusat hiburan, padang golf, bermain komputer game, menonton wayang atau televisyen. Kata bidalan melayu : "Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul." 

Golongan manusia yang bijak telah mencipta perkara-perkara yang boleh menarik perhatian orang-orang yang suka membuang masa dan jam. Berbagai-bagai perkara boleh dibeli untuk membuang masa anda dengan begitu sahaja. Golongan yang mencipta barangan, perkhidmatan atau ilham tersebut mungkin telah kaya raya sekarang ini sedangkan orang-orang yang suka membuang masa hanya tinggal gigi dan gusi sahaja. 

Suatu yang menyedihkan ialah apabila ada satu golongan yang menjadi kaya raya kerana mengenalpasti peluang menjualkan barangan, perkhidmatan dan ilham kepada mereka-mereka yang suka membuang masa sedangkan golongan yang suka membuang masa tersebut boleh ketawa dan bergumbira tanpa sedar bahwa mereka telah jauh ketinggalan dalam perlumbaan mengejar kemajuan. 

Hiburan dan pesta bukanlah segala-galanya yang dikehendaki oleh manusia dalam hidup. Manusia perlukan hiburan tetapi hanyalah hiburan yang bermanaafaat seperti kesenangan bersama isteri dan anak, atau apabila dapat membantu orang lain atau berjlan-jalan semasa cuti bagi mendapat idea baru untuk bekerja denagn lebih gigih atau bagi mendapat idea baru untuk merancang hidup secara lebih bermakna. Hiburan yang "pergi kosong balik kosong" seperti konsert Siti Nurhaliza, menonton wayang Titanic, menghabiskan berhari-hari bermain game strategi peperangan adalah hiburan yang amat merugikan. 

Janganlah hanyut dan tenggelam dibawa arus kelalaian diri. Nanti kamu mati tidak bernama kerana semasa hidup tidak pernah mahu mencipta nama. 

muka depan