Make your own free website on Tripod.com


Assalamualaikum wbt. kepada ahli netters semua. kesempatan ini juga rose ingin meminta maaf kepada seorang ahli netters kita iaitu saudara
Mohd Nor Amirul kiranya rose ada bersalah kepadanya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala niat hambanya.


ILMU DAN AMAL

Setiap kaum muslimin di bumi ini lebih tinggi darjatnya daripada orang kafir. Sesungguhnya Allah mencintai muslim dan tidak mencintai orang kafir. Allah SWT akan mengampuni dosa-dosa muslim dan tidak mengampuni dosa-dosa orang kafir. Kaum muslimin bakal masuk syurga, sedang orang kafir ke neraka.

Kenapa si muslim lebih tinggi darjatnya dan lebih mulia daripada si kafir? kenapa si muslim masuk syurga, sedang si kafir masuk neraka. Cuba RENUNGKAN, dan RENUNGKANLAH lebih mendalam lagi!

Cuba renungkan apa perbezaan yang mendasar antara muslim dan kafir. Sesungguhnya perbezaan itu hanya terletak pada segi "Islam" dan "Kufur"

Kerana erti "ISLAM" adalah taat kepada ALLAH dan mengikuti segala hukum hakam-Nya manakala kufur itu adalah tidak taat kepada ALLAH dan tidak taat kepada hukum hakam-Nya.

KEUNGGULAN DAN KEMULIAAN ORANG ISLAM

Apabila seseorang itu menjadi Muslim pertama sekali ia harus mengenali siapa Tuhannya, bagaimana hukum-hakam-Nya, bagaimana cara melaksanakan kehidupan sesuai dengan ajaran-Nya. Ada amal perbuatannya yang ALLAH cintai dan ada pula perbuatan yang tidak dicintai-Nya. Hendaklah seorang muslim menjadikan dirinya seorang hamba ALLAH yang berbakti kepada ALLAH SWT.

Dalam Islam, manusia tidak dibezakan berdasarkan kelas mahupun keturunan. Tetapi ALLAH berfirman di dalam Al-Qur'an yang bermaksud: Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah yang paling taqwa."



KUALITI ILMU DAN AMAL

Perbezaan di sisi ALLAH di antara sesama hamba-Nya terletak di segi kualiti ilmu dan amal. Rahmat-Nya di dunia dan di akhirat tidak diberikan melainkan kepada mereka yang mengenali-Nya dan yang patuh kepada hukum-hakam-Nya.

Lihatlah, umat Islam justeru hidup di dunia ini dalam kemurkaan ALLAH, sehingga merasakan pelbagai penderitaan, kelaparan, ketakutan kehinaan dan perhambaan?
MAKA soalan mungkin timbul, jika kaum muslimin memiliki kemuliaan dan darjat yangtinggi di sisi ALLAH, maka mengapa mereka hidup didunia ini dalam keadaan hina?????

ALLAH telah menurunkan pada kitab-Nya untuk mengajar kita tentang segala hukum dan syariat Islam. Tetapi pernahkah kita mencurahkan fikiran dan tenaga untuk memahami apa yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW? Dibentangkannya kepada kita jalan kebenaran di dunia dan di akhirat, tetapi adakah kita lalui jalan itu?

Umat Islam tidak melakuakan melainkan apa yang dilakukan oleh orang-orang kafir. Kita mengenali Muhammad SAW sebagai Rasul ALLAH, tetapi kita menghindarkan
diri untuk mengikuti sunnahnya seolah-olah kita membencinya sebagaimana orang-orang kafir membenci segala apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Kita tahu berdusta akan dilaknat oleh ALLAH, bahawa penyuap dan orang yang menerima rasuah akan masuk neraka bahawa pemakan riba menanggung dosa kejahatan yang tiada lagi kejahatan di atasnya, bahawa mengunjing saudaranya itu sama seperti makan bangkai, bahawa penguguran  kandungan dan perbuatan lucah termasuk di antara dosa besar dan paling keji. Tetapi walaupun kita menyedari bahawa semua itu adalah mungkar, ramai yang terus melakukannya dengan segala kebebasan sebagaimana yang dilakukan orang-orang kafir seakan sudah hilang takut kepada ALLAH.

Oleh itu kita perlu mencari kembali akhlak-akhlak terpuji yang telah hilang dari kehidupan kaum Muslimin. Akhlak-akhlak inilah yang pernah mengubah dan menguasai tamadun duniapada satu masa dahulu, cahaya yang menerangi seluruh alam dan menjadi rujukan seluruh manusia. Seseorang tidak akan berfikir untuk memiliki kembali barang yang telah hilang melainkan apabila dia telah kehilangan sesuatu yang amat berharga, yang merupakan kunci rahsia kejayaan dan keagungan umat Islam. Oleh itu kita harus berfikir untuk memilikinya kembali !


Bersatulah kita wahai umat Islam dalam satu Saf dalam menegakkan AGAMA ISLAM.


Sekian wassalam
Rose