Wajib Membantu Orang Yang Terinaya.

Assalamulaikum wbt.

Kepada Kaum muslimin dan muslimat marilah bersama bermunajat kepada Allah di pagi yang Mulia ini penguhulu segala hari moga dirahmati Allah. Amin.  

Dari Abi Ummamah Al Bahiliyyi ra: "Ketika ada seorang meninggal dunia dan diletakkan di kubur, maka salah satu Malaikat mendatanginya dan duduk di sebelah kepalanya. Malaikat itu menyeksa dan memukulnya sekali dengan palu gondam, sehingga tidak ada bahagian anggotanya2 badannya yang tidak terpotong, bahkan api menjilat-jilat di dalam kuburnya itu. Kemudian Malaikat berkata: "Berdirilah engkau dengan izin Allah." Tatkala mayat itu berdiri dengan sempurna, Malaikat berteriak dengan kerasnya dengan kerasnya, yang dapat didengar oleh segala makhluk diantara langit dan bumi, kecuali jin dan manusia.

Mayat itu menegur Malaikat seraya berkata: "Mengapa engkau berbuat seperti ini, dan mengapa engkau menyeksaku, sedang aku telah mendirikan solat, membayar zakat dan berpuasa di bulan Ramadhan?" malaikat itu menjawab: "Saya menyeksa kamu kerana kamu telah melalui seorang yang dianiaya dan dia meminta tolong kepadamu, sedangkan kamu tidak memberi pertolongan. Dan pada suatu hari, engkau mengerjakan solatmu sedangkan engkau belum bersuci dari bekas2 air najismu."

Oleh kerana itu telah diterangkan, bahawa menolong orang yang dianiya itu adalah WAJIB hukumnya...........................  

Wassalam............Alhamdulillah

Rose

Pengirim: Rose <srose@csam.com.my>    

muka depan