Make your own free website on Tripod.com



Assalammualaikum wbt. kepada semua ahli netters. Marilah kita bersama bermunajat kepada Allah. Al-Fatihah sedekah kepada Nabi Junjungan Rasulullah SAW,ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya,
buat kaum muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia dan buat diri kita sendiri moga hidup kita diberkati oleh Allah. Amin

Tajuk kita pada kali ini adalah Menyelamatkan Iman. Hayatilah dan ambillah ia sebagai panduan hidup bagi meningkatkan Iman kita terhadap Allah. InsyaAllah..............


MENYELAMATKAN IMAN

Para ulama berkata: "Bukanlah orang-orang yang beriman itu, mereka menyalahi Allah dan Rasul-Nya, sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang benar-benar bertambah kuat imannya dan tatkala disebutkan asma Allah, maka
gementarlah hati mereka.

Sebagaimana Firman Allah SWT bermaksud: "Takutlah hati mereka."

Kata ahli hikmah: Takut itu ada dua macam:

1. Takut kepada seksa, iaitu takutnya orang-orang yang berbuat derhaka.

2. Takut kepada kehebatan Allah dan keagungan-Nya, iaitu takutnya orang- orang yang istemewa. Kerana mereka mengetahui kebesaran Allah Taala, maka
mereka sangat takut.

Adapun orang-orang yang derhaka, maka mereka takut terhadap seksa Allah. Kalau
seseorang beriman, apabila nama Allah disebut, maka hatinya menjadi gementar, sesuai dengan kadar tingkatannya di dalam ingat kepada Allah.

CARA UNTUK MENAMBAHKAN IMAN

Orang yang beriman akan membenarkan apa yang dibacakan kepada mereka yang datang dari sisi Allah. Dan sewaktu beban agama itu berturut-turut datang dari zaman Rasululluah SAW, maka mereka pun membenarkannya melalui ikrar, mereka pun membenarkan dan bertambah-tambah imannya.

ZIKIR MENYUBURKAN IMAN

Telah diterangkan bahawa zikir kepada Allah adalah merupakan darjat yang paling tinggi dibandingkan dari segala ibadah, kerana semua ibadah sebagai perantara untuk ingat kepada Allah. Maka zikir kepada Allah adalah cita yang paling tinggi dan tujuannya yang paling jauh pula.

Zikir itu ada dua jenis:

1. Zikir dengan lisan.

2. Zikir dengan hati. Iaitu dilafazkan dengan lisan dan tidak dapat didengar dengan telinga, bahkan dia itu beriringan dengan berfikir dan dengan perasaan hati. Maka dengan itu, merupakan martabat zikir yang paling tinggi.

Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadith bahawa bertafakur hanya kepada Allah sejenak itu lebih baik daripada beribadah tujuh puluh tahun. Zikir itu tetap kukuh didalam hati dan terhidar dari berpaling kepada selain ALLAH.

Sesungguhnya iman itu dapat bertambah dan berkurang, yang dikehendaki adalah kenyakinan dan wujudnya iman, seterusnya dibaja ianya dengan  amal soleh.


Sekian wassalam
Rose