From: "Syed_Abdul_Rahman_AlHaddad Bin Syed Mohamed_Abdullah" <sar_ah@hotmail.com>

Assalammualaikum wbt, Mudah-mudahan Allah memberkati diriku dan diri mu hidup di dunia ini.

Saya pernah bertanya soalan ini kepada dua tokoh Islam yang boleh dipercayai.

1> Saya pernah bertanya kepada seorang doktor perubatan yang berkelulusan dari Timur Tengah, yang mempunyai pengetahuan agama yang mendalam. Beliau memberi pandangan, sekiranya alkohol itu haram, ketahuilah bahawa hari-hari kita makan benda yang haram. Sebab di dalam kabohidrat mengandungi alkohol. Nasi, roti dan lain-lain juga mengandungi alkohol. Oleh itu jelas di sini Alkohol itu tidak haram.

2> Saya pernah berbual melalui telefon dengan YBhg Sohibul Samahah bekas mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom, (8 tahun yang lalu) beliau juga berpandapat(berfatwa) bahawa alkohol itu tidak haram, cuma kalau kita khuatir bahawa sekiranya minyak wangi yang kita beli itu mengandungi (bercampur)najis (benda haram).

3> Pusat Penyelidikan (JAKIM), pernah saya bertanya (8 tahun dulu) memberi pandangan dalam 2 hukum, halal dan haram. Beliau mengatakan bahawa ada ulamak kata halal dan ada ulamak kata haram, habis tu dia kata kat saya terpulanglah kepada kamu untuk pilih mana satu. sebab katanya 2-2 ada hujah.

Kesimpulannya, alkohol itu harus/boleh. Tapi kalau kita warak (khuatir )dicampur dengan benda yang shubhah/najis adalah lebih baik ditinggalkan, takut ianya  menjadi was-was pulak, kerana itu adalah penyakit syaitan. Tapi kalau kita yakin ianya tidak dicampur dengan najis/benda haram, ahlan wasahlan silakan pakai.

Banyak kelebihan alkohol ini.
1> Tahan lama.
2> Tidak bertompok (kerana menyerap dalam baju)
3> tampak lebih bersih.
4> Bau kuat dll

Ana rasa itu saja pandangan ana. So selepas ini kalau siapa yang meragui tentang alkohol ini, ana cadangkan supaya bertanya dengan saintis dan ia juga adalah seorang ulamak yang muktabar (cth Dr perubatan dari Azhar).

Ok salah dan silap ana mohon kemaafan dari Allah Subhanahu Wataala. Wallahu alam.

WAssalam.

muka depan