Make your own free website on Tripod.com

Renungkan

Assalamualikum w.b.t

"Renungan untuk semua"

Bertakwalah kepada Allah s.w.t di tempat yang sunyi atau ramai. Ucapkanlah kata-kata yang benar pada waktu suka(senang) dan marah. Sederhanalah pada waktu miskin dan kaya. Berlaku adil terhadap teman dan usuh. Berlaku adil pada waktu rajin dan malas. Cinta kepada Allah w.s.t pada waktu senang dan susah. Tidak ada satu kejahatan pun yang membawa ke dalam syurga serta tidak ada satu kebaikan yang membawa dalam neraka. Semua kesenangan dianggap hina dan menipu selain kesenangan syurga. Semua kesusahan masih dianggap ringan selain daripada seksa api neraka.

Siapa orang yang mengakui kesalahannya, bererti dia memaafkan kesalahan oran glain. Siapa yang tiada bahagian kepada rezeki yang sudah dibahagi Allah s.w.t, bererti dia tidak merasa sedih bila rezki itu ditarik semula darinya. Barangsiapa yang menggali lubang untuk saudaranya, dialah yang akan masuk lubang. Barangsiapa yang membuka tabir orang lain, aurat anaknya akan terbuka.

Barangsiapa yang lupa akan kesalahannya bererti ia suka mengatakan kesalahan orang lain. Barangsiapa yang kagum kepada pendapatnya adalah sesat. Siapa yang hanya mengikut pendapatnya sesat. Siapa yang sombong terhadap manusia sesat. Siapa yang bergaul dengan orang jahat adalah hina, orang yang bergaul dengan ulama akan tenteram fikirannya, sedangkan berkawan dengan orang jahat tidak akan selamat.

Sesiapa yang berkawan dengan orang soleh akan mendapat kemudahan, sedangkan bergaul dengan orang jahat akan dicurigai. Siapa yang tidak sanggun mengekang diri (dari mengikut hawa nafsu) pasti akan menyesal. Siapa yang banyak bergurau dipandang remeh. Orang yang dipandang remeh, bererti diperolok-olokan. Siapa yang banyak bertingkah, mudah akan dikenali. Siapa yang banyak bercakap, banyak pula kesalahannya. Orang yang banyak kesalahannya, bererti sedikit malunya. Orang yang sedikit malu, bererti sedikit waraknya. Orang yang sedikit waraknya, bererti sudah mati hatinya, orang yang sudah mati hatinya kan dimasukan kedalam neraka.

Adab adalah sebaik-baik warisan, sedangkan akhjlan yang baik adalah sebaik-baik teman. Kesejahteraan yang menyelamatkan ada sepuluh, sembilan diantaranya diam, kecuali untuk berzikir kepada Allah s.w.t dan satu lagi ialah meninggalkan bergaul dengan orang-orang yang bodoh.

Tidak ada paling mulia selain daripada Islam. Tidak ada kemuliaan lebih daripada takwa. Tidak ada pemikiran yang lebih terjamin daripada warak. Tidak ada penyelamat yang paling ampuh selain dari taubat. Tidak ada pakaian yang paling cantik selain keselamatan. Rakus adalah punca kepenatan dan penyebab kesukaran. Berfikir sebelum tertindak, akan terselamat dari penyesalan.

Sejahat-jahat bekalan akhirat adalah memusuhi hamba Allah s.w.t. Beruntunglah orang yang berilmu dan amalannya ikhlas kerana Allah s.w.t. Dalam suasana suka dan duka, pada waktu mengerjakan suruhanNya atau meninggalkannya, bercakap atau diam, perkataan dan perbuatannya semuanya ikhlas kerana Allah s.w.t.

Renungkan- /
Wassalam

Pengirim: Siti Amnah <sitiam@nusajay.po.my>

muka depan