Make your own free website on Tripod.com

KEUTAMAAN SEDEKAH

Assalamualaikum wbt.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada kaum muslimin dan muslimat seluruh dunia.Amin.

ALLAH SWT membuat perumpamaan terhadap mereka yang mendermakan harta bendanya di jalan Allah, iaitu ibarat menanam sebuah biji yang akan menumbuhkan tujuh pokok dan dari tiap-tiap pokok (membuahkan) seratus biji.

Perumpamaan tersebut adalah sehubungan dengan peristiwaUtsman bin Affan dan Abdurrahman bin Auf, adalah tatkala Rasulullah SAW memerintahkan kepada sahabat-sahabatnya agar mereka mahu mengeluarkan derma, tatkala baginda akan keluar dalam peperangan Tabuk. Maka datanglah Abdulrahman bin Auf dengan membawa empat ribu dirham seraya berkata: "Wahai Rasulullah, saya punya lapan ribu dirham, maka saya sisakan yang empat ribu dirham untuk peribadi dan keluarga, sedang yang empat ribu dirham saya pinjamkan kepada Allah Taala."

Utsman bin Affan berkata: "Wahai Rasulullah, saya harus memberi bekal untuk orang2 yang tidak punya bekal." Maka turunlah ayat ini:

"Perumpamaan mereka yang mendermakan harta bendanya di jalan Allah, ibarat menanam sebuah biji akan menumbuhkan tujuh pokok dan dari tiap-tiap pokok (membuahkan) seratus biji, dan Allah selalu melipat gandakan kepada siapa saja yang dikehendaki, dan Allah maha Luas (rahmatNya) lagi maha Mengetahui.

(Al-Baqarah: 261)

sekian wassalam Rose

Pengirim: Rose <srose@csam.com.my>

muka depan