Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quranul Karim Yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang,sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar"(153.)
Secara umumnya kita semua maklum apa itu yang dikatakan sabar.Tidak perlu kita menta'rifkannya secara terperinci.Bukan sekali dua sifat yang mulia ini kita temui di dalam kitab suci Al-Quran dan juga hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
Malahan setiap ketika kita mengucapkannya kepada teman-teman kita atau sesiapa sahaja bila mana mereka ini ditimpa oleh sesuatu perkara yang tidak diingini .Hatta terhadap diri kita sendiri pun sifat ini akan terlintas di hati bila perkara yang sama berlaku terhadap diri kita.Secara kesimpulannya sifat ini merupakan salah satu sifat yang dihimpunkan di dalam sifat-sifat " Mahmudah" .
Banyak hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menceritakan kepada kita betapa
ganjaran,kelebihan dan kebaikan yang Allah s.w.t.
anugerahkan kepada hambanya apabila sifat ini dapat ditakluki secara
sempurna yang mungkin.Sebagaimana terdapat hadis Rasulullah s.a.w.
yang menyatakan kebaikan sabar ini sebagaimana sabdanya : Yang bermaksud
: Bersabar terhadap perkara yang dibenci itu terkandung di sana kebaikan
yang banyak .
dan telah bersabda Nabi s.a.w. kepada Ibnu Abbas radhiallahu anhu : Sememangnya sifat ini Allah s.w.t.telah membekalkan kepada setiap hambanya samada yang mukminnya mahu pun yang kafirnya. Pokoknya penguasaan sifat sabar ini sehingga ke tahap mana kita sebagai makhluk Allah s.w.t.sudah tentu tidak mampu untuk mengukurnya kecuali Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui.
Sifat SABAR terbahagi kepada dua bahagian:
1 - Maqamat :
Maqamat ialah perjuangan atau usaha
serta mujahadah yang kita lakukan dengan tujuan untuk mendatangkan sifat
tersebut.
Tidak bererti sifat ini sentiasa kekal pada diri kita tanpa kita
tidak sedikit pun berjuang untuk mendapatkannya. Walau pun pada peringkat
permulaan penulis ada menyatakan bahawa setiap hamba Allah itu telah dibekalkannya
dengan sifat sabar ini tetapi ianya sepertilah sebagaimana yang kita maklumi
bahawa setiap hamba Allah di muka bumi ini Allah telah menyediakan atau
menetapkan rezekinya masing-masingTetapi apakah rezeki itu datang secara
bergolek sahaja kepada kita tanpa sedikit pun kita berusaha untuk mendapatkannya.
Begitulah juga dengan sifat -sifat baik yang kita utarakan ini.Sifat
tawadhuk ,wara' ,ridha dan segala sifat mahmudah ini tidak akan tercapai
oleh kita tanpa ada usaha yang sebenarnya dari kita.
2 - Ahwal:
Ahwal ini merupakan suatu perasaan yang
timbul dengan sendirinya terhadap diri kita.Tidak kira samaada perasaan
itu berbentuk gembira,bahagia,senang, sedih ,marah dan sebagainya.
Al Imam Al Habib Abdullah bin Alwi Al Haddad di dalam kitabnya telah
membahagikan sifat sabar ini kepada empat bahagian.
1 - Sabar di dalam
melaksanakan ketaatan sewaktu beribadat kepada Allah s.w.t.
2 - Sabar terhadap
perkara-perkara maksiat
3 - Sabar terhadap
perkara-perkara yang tidak diingini
4 - Sabar terhadap
hawa nafsu
i ) Sabar di dalam melaksanakan ketaatan sewaktu beribadat kepada Allah s.w.t.
Untuk melahirkan sifat sabar yang sebenarnya terhadap perkara perkara ketaatan ini hendaklah setiap ketaatan yang kita datangkan itu disertai bersama dengan perasaan ihklas yang lahir di dalam hati kita.Kenapakah syarat ihklas ini diletakkan di peringkat permulaan lagi?Ini kerana untuk melahirkan perasaan ihklas ini bukan suatu perkara yang mudah dan senang.Ianya bukan boleh dibuat -buat begitu sahaja tanpa merasakan sesuatu yang benar-benar ihklas lahir dari lubuk hati kita.Maka inilah yang dinamakan ahwal.Bila mana kita telah mampu mendatangkan sifat ini dengan penuh usaha dari kita maka secara automatiknya kita telah mampu untuk meninggikan maqamat atau kedudukan kita di sisi Allah s.w.t. dalam perkara sabar ini.
Terkadang kita merasakan bahawa untuk melakukan sesuatu perkara taat merupakan suatu perkara yang senang sekali.Kita boleh sahaja menunaikan solat fardhu lima kali setiap hari,kita boleh saja berpuasa wajib di bulan Ramadhan secara keseluruhannya ,begitu juga dengan puasa -puasa sunat dan solat-solat sunat,kita bila-bila masa sahaja boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan dari kita.
Tetapi apakah selama kita menunaikan ketaatan kita kepada Allah s.w.t.disertai juga dengan sifat ihklas tadi.Alangkah ruginya kita apabila setiap perkara taat yang kita usahakan pagi petang siang dan malam cuma semata-mata kerana makhluk Allah s.w.t sahaja tetapi bukan kerana yang Maha suci.Setiap solat yang kita tunaikan semata-mata ingin dilihat oleh orang lain dan ingin mendapatkan pujian dari mereka.Setiap puasa yang kita usahakan sepanjang hari,kita merasakan bahawa itu merupakan suatu perkara terpaksa bagi kita,bukan dengan kemahuan yang kita inginkan atau ingin menunjuk-nunjuk bahawa kitalah orang yang paling rajin menunaikan puasa sunat setiap minggu,demikian juga bantuan yang kita hulurkan kepada sesiapa sahaja semata-mata ingin mendapatkan imbalan atau balasan dari mereka tanpa kita sedikit pun menyandarkan kepada Allah s.w.t,apatah lagi hendak disertai dengan perasaan ikhlas.
Sekiranya segala sebab-sebab sebegini masih lagi meliputi di tubuh badan dan jiwa kita, setiap amal kebaikan yang kita lakukan sudah sekian banyak terjual dengan sifat sum'ah dan riak kita dan setiap perkara-perkara kebaikan yang sudah sekian lama kita kerjakan sudah terjual semuanya dengan segala sifat mazmumah dari kita maka kita sendiri boleh merasakan bahawa maqam sabar kita terhadap perkara-perkara taat di sisi Allah s.w.t. masih terlalu jauh lagi dari kita.Tetapi bila mana ianya dapat kita kawal dengan rapi ,setiap kebaikan dan ketaatan yang kita usahakan sentiasa dengan tawadhuk dan rendah diri kepada Allah s.w.t.,sentiasa kekal di hati kita untuk mendapatkan keredhaan dari Allah s.w.t. maka ketika itu kita di sisi Allah s.w.t.berada di maqam yang tinggi dan layak diberi title sebagai ?????? ????? justeru kerana kedudukan kita telah sampai ke tahap ????? ? ??????? .
Penulis rasa ada baiknya
kalau kita mengimbas kembali bagaimana kedudukan atau maqam nabi s.a.w.
dan para sahabat terdahulu dalam melaksanakan ketaatan mereka kepada Allah
s.w.t.Bagaimana perasaan mereka setelah mana mereka mampu untuk menghadirkan
diri ke masjid nabi walaupun mereka terpaksa menghadapi suasana yang sejuk
serta panas namun mereka tetap tidak mahu untuk melepaskan peluang dan
merebut pahala solat tahajjud dan qiamullail lainnya sehinggakan mereka
merasakan begitu sedih dan sunyi apabila waktu solat tahajjud kian berakhir.Diceritakan
dalam sejarah sampai-sampai ada dikalangan mereka menangis apabila waktu
solat malam berakhir dan mereka tidak sempat untuk memakmurkannya.Mengapa
perasaan seperti ini ada pada para sahabat nabi dan tidak sedikit pun tercurah
ke dalam hati kita ?
Tidak lain dan tidak bukan ini adalah kerana kelazatan beribadat telah
sebati dalam jiwa mereka.Ketaatan dan kesabaran mereka dalam melaksanakan
ibadat sememangnya telah berada di kemuncak yang tertinggi di sisi Allah
s.w.t.Kita lihat pula kepada seorang ahli feqih dan tasauf yang terkenal
iaitu Imam Zakaria Al-Ansori,yang mana termaktub dalam sejarahnya,bahawa
sepanjang hidup beliau dalam dunia ibadat,beliau tidak mahu
sembahyang dengan cara duduk walaupun umur beliau menjangkau ratusan tahun
dan ketuaannya terserlah.Sehinggakan ketika sembahyang badan beliau bergoyang
ke sana ke mari namun beliau tetap tidak mahu duduk,walaupun di sana beliau
telah diberi saranan oleh sahabat-sahabat dan juga
murid-muridnya agar beliau duduk sahaja ketika sembahyang kerana memandangkan
tenaganya yang kian lemah.Apabila ditanya kepada beliau,mengapa tuan tetap
juga mahu berdiri ketika sembahyang sedangkan tuan terlalu lemah untuk
berdiri.Bagaimana dengan jawapan beliau. Beliau mengatakan bahawa yang
menyebabkan saya untuk terus berdiri kerana nikmat dan kelazatan qiam ketika
sembahyang itu adalah sesuatu yang sangat ternilai bagi saya.Cuba kita
bayangkan,sedangkan di sana telah ada keringanan hukum yang telah diberikan
oleh Rasulullah s.a.w. terhadap orang yang tidak mampu berdiri ketika bersembahyang.Bagaimana
dengan kita.Apakah sebab yang mendorong mereka untuk sampai ke tahap itu.
ii) Sabar terhadap perkara-perkara maksiat
Seterusnya marilah bersama-sama kita lihat bagaimana huraian terhadap
pembahagian kedua iaitu sabar terhadap perkara-perkara maksiat.Apakah tindakan
yang sewajarnya yang perlu kita lakukan bila mana kita berhadapan
dengan perlakuan maksiat yang berlaku dihadapan mata kita.Pada hakikatnya
untuk mendatangkan sifat sabar terhadap perkara maksiat ini lebih berat
daripada kita mengelak diri dari mendatangkan sifat -sifat mazmumah
dalam peribadatan kita kepada Allah s.w.t.
sebagaimana yang kita bincangkan pada bahagian pertama tadi.
Kalau kita lihat pada bahagian yang pertama tadi juga ia merupakan suatu
perkara yang ringan untuk dilaksanakan bagi orang yang diberi kemudahan
oleh Allah s.w.t. manakala ianya akan menjadi berat bagi orang yang tidak
mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah s.w.t.Penulis mengatakan
bahawa untuk sabar dalam perkara maksiat ini lebih berat daripada yang
pertama kerana ianya memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh dan paksaan
yang kuat untuk meninggalkannya.Sekiranya tanpa usaha dan paksaan dari
kita sudah tentu perkara maksiat ini tidak akan lekang dari kita.Al Imam
Al Habib Ibnu Alwi Al Haddad dalam pembicaraannya dalam masalah ini
telah memberikan suatu peringatan kepada kita dengan sekeras-kerasnya supaya
jangan sekali-kali kita cuba untuk mengingati atau mengimbas kembali segala
sejarah buruk dan segala perlakuan maksiat yang telah kita lakukan sewaktu
masa dahulu.Walaupun pada masa ini kita menganggap bahawa kita telah pun
berada di dalam golongan orang-orang yang selalu mengingati Allah
s.w.t.Tetapi jangan sekali-kali kita merasakan bahawa diri kita mampu untuk
mengatasi segala maksiat yang berlaku terhadap diri kita dan di hadapan
mata kita.Tidak bererti kita mampu untuk menghindarkan diri kita ,walaupun
di dalam kepala kita terkumpul ayat-ayat Al-Quranul karim,terhimpun hadis-hadis
nabi s.a.w.,termaktub di dalam benak kita segala ilmu yang telah kita timba
semenjak dari tahun pertama pengajian kita di bumi Mesir ini sehinggalah
ke hari ini.Ini kerana walaupun kita sekarang berada di maqam yang tertinggi
tetapi sekali kita teringat sahaja terhadap keseronokan dosa dan keenakan
maksiat yang telah kita lakukan suatu masa dahulu maka secara spontan
perasaan tersebut akan terlintas di hati kita untuk kita kerjakan bagi
kali kedua.Jelas sekali perkara ini amat berbahaya kepada kita sekiranya
tidak ada paksaan dari kita untuk meninggalkan segala ingatan tersebut.Jadi
seandainya kita mengingati segala dosa kesalahan kita yang telah silam
itu akan membuat kita lebih menyesal dan insaf dengan sebenar-benarnya
dan sekaligus akan meningkatkan kedudukan atau maqam kita kepada maqam
taubah dan istighfar itu adalah suatu yang baik tetapi yang terlebih baik
sekali ialah tidak mengingati sama sekali perkara-perkara hitam yang telah
kita lakukan dahulu.Al Imam Al Habib Ibnu Alwi Al Haddad dalam kitabnya
begitu kuat sekali menekankan perkara ini agar tidak mengingatinya kembali
sehingga ia mengatakan bahawa lebih ringan masuk neraka daripada kita terjerumus
kembali ke dunia maksiat akibat perbuatan kita terus-menerus membayangkan
keindahan maksiat yang telah kita lakukan beberapa waktu dahulu.
iii ) Sabar terhadap perkara-perkara yang tidak diingini
Sabar dalam perkara -perkara yang tidak diingini atau dibenci terbahagi
kepada dua bahagian:
1- sabar kita sewaktu ditimpa sebarang bencana atau malapetaka.
I.e. sabar ketika kita menerima sebarang bentuk malapetaka atau musibah
yang bukan sebab daripada seseorang hamba atau makhluk Allah s.w.t tetapi
ianya adalah terus dari Allah s.w.t umpamanya sakit ,hilang dan musnah
harta kita akibat banjir yang melanda,ribut taufan yang memusnahkan segala-galanya
dan sebagainya. Bagaimana perasaan kita sewaktu kita kehilangan seseorang
yang amat kita sayangi,bagaimana perasaan kita sewaktu rumah yang kita
tinggal dijilat api semuanya,bagaimana perasaan kita sewaktu kita sihat
walafiat tiba-tiba Allah datangkan kepada kita suatu penyakit yang amat
sukar untuk diubati.Sudah tentunya ketika berhadapan dengan perkara-perkara
atau musibah sebegini kita akan mengeluh dan mengadu ke sana dan ke mari
untuk menyatakan perasaan kita yang kita tanggung waktu itu.Ketika inilah
ujian sebenar yang menimpa kita akan menentukan kita sama ada kita sabar
atau tidak untukk menghadapinya .Bagi seseorang yang telah biasa dengan
maqam sabar ini sudah tentunya mudah bagi dirinya untuk
menyandarkan bahawa ini merupakan suatu ujian Allah kepada dirinya
sekaligus maqam al qada' dan qadar telah tersemai dalam dirinya walaupun
pelbagai sebab telah tersedia ada di hadapannya sebagai suatu illah bagi
peristiwa-peristiwa yang telah berlaku terhadap dirinya,namun kesemuanya
itu tetap menjadi suatu perkara yang telah disandarkan kepada Allah s.w.t.Bagi
seseorang yang sentiasa mengeluh dan terus mengadu ke sana dan ke mari
seolah-olahnya ia tidak setuju dengan al qada' dan al qadar yang
telah diturunkan kepadanya.Tetapi tidaklah semua keluhan yang kita
luahkan itu merupakan ketidak setujuan kita terhadap musibah yang ditimpakan
kepada kita contohnya lelehan air mata yang turun dari kelopak mata kita
sewaktu ditimpa sebarang musibah atau kita menahan sebarang kesakitan dan
sekaligus kita tidak mengadu ke sana dan ke mari itu tidaklah dinamakan
kita tidak sabar terhadap ujian yang ditimpakan kepada kita atau dengan
kata lain itu tidaklah bertentangan dengan maqam sabar yang kita bicarakan
ini.Gambaran seperti ini jelas sekali tidak mengapa sebagaimana yang berlaku
terhadap junjungan kita nabi besar Muhammad s.a.w. sewaktu kewafatan seorang
anak lelaki kesayangan beliau iaitu yang bernama Ibrahim.
Di mana pada waktu itu beliau tidak lagi dapat menahan kesedihan sehingga
mengalir air mata beliau,sebagaimana menurut maksud sabdanya : "Sesungguhnya
dengan air mata yang menitis ,dengan hati yang berdukacita,sesungguhnya
dengan kami sangat berdukacita sekali sewaktu kami berpisah dengan
anda"
Itu adalah merupakan suatu keadaan ketika mana nabi melepaskan putera
beliau yang bernama Ibrahim dengan lelehan air mata yang tidak dapat dibendung
lagi kerana terlalu sedih , di mana setelah menerima asuhan dari
nabi anak tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Pengirim: Lenggang Kangkung <tunang@yahoo.com>
muka depan